May 26, 2010

Akhirnya - MIC berperang juga dengan UMNO~~~~~~~~~~~~

UMNO sudah buat silap besar - berperang dengan MIC. Walaupun ramai calun ADUN dan AP MIC kalah pada PRU12 yang lepas, MIC tetap masih setia dengan BN, setiap PRK MIC banyak membantu BN/UMNO untuk memberi kemenangan.

Malang sungguh bagi nasib MIC yang selama ini sangat setia kepada BN/UMNO telah dicemuh dan di cacai oleh UMNO cuma kerana sedikit perkataan dari anak Samy Vellu. Selalunya jika ada terkeluar pandangan nagetiv dari mulut pemimpin2 UMNO, UMNO boleh terima dan nyatakan itu 'pendapat peribadi' sahaja.

Mengapa UMNO tidak boleh anggap kenyataan anak Samy Vellu itu juga 'pendapat peribadi' nya sahaja? UMNO memang mahu cari salah dan cari pasal dengan MIC. Sekarang UMNO terpaksa terima padah dengan kesombongan nya itu.

UMNO memang sombong dan bebal, tidak sedar diri. Sebenarnya UMNO sudah hilang kuasanya pada PRU12 yang lepas, cuma rakyat Sabah dan Sarawak yang kurang bijak itu telah selamatkan UMNO untuk terus berkuasa.

PRU13 semakin hampir tiba, BN semakin bermasalah. Nalapambu haraf UMNO akan terus berkomprantasi dengan MIC. Ada harapan kerajaan baru akan memerintah negara selepas PRU13 nanti.

May 18, 2010

Bloggers pencacai UMNO sudah kehabisan modal - membangkitkan cerita lapok '13 Mei 1969'

Jelas dan nyata pencacai2 bloggers UMNO sudah kehabisan modal. Kini mereka sedang sebuk pula membangkitkan memori lapok '13 Mei'. Apakah tujuan sebenar peristiwa '13 Mei' ini perlu di sebut2 semula selepas lebih 40 tahun ianya sudah berlalu?

Masyarakat majmok Malaysia hari ini sudah tidak boleh disamakan lagi dengan masyarakat 40 tahun dahulu. Hari ini masyarakat kita sudah berfikiran matang dan maju, cara dan pemikiran 'berkelahi' untuk menentukan sesuatu sudah tidak ujud lagi dalam cara hidup masyarakat hari ini.

Kita boleh menuntut atau menentukan sesuatu hal yang berkaitan dengan sistem pemerintah atau negara cuma dengan proses undi (Pilihan Raya) sahaja untuk menetukan nya, bukan dengan kekerasan atau pergaduhan seperti 13 Mei 1969. Kita masing2 sudah ada kuasa kita untuk menetukan masa hadapan melalui Pilihan Raya.

13 Mei 1969 tidak akan mungkin berulang lagi, dihari ini tidak ada lagi ujud manusia yang mempunyai menteliti daya cara berfikir seperti 40 tahun dahulu. Oleh itu jangan lah cuba menakut2 kan kami dengan perkataan keramat '13 Mei' yang sudah lapok itu.

Adalah lebih baik bagi bloggers pencacai2 UMNO ini mencari jalan yang lebih baik dan berkesan untuk menawan kembali hati kaum bukan melayu terutamanya cina untuk sokong kembali BN/UMNO. Cara mengugut atau menakut2 kan itu adalah cara lama yang kuno tidak boleh di pakai lagi.

Bersedialah untuk menghadapi masa hadapan yang gelap jika pencacai2 bloggers UMNO ini gagal menawan hati kaum bukan melayu sebelum PRU13 tiba.

May 13, 2010

~~~~~~~~~~~~~"BLOGGERS GOBLOK" ~~~~~~~~~~~~


Ini rupa 'melayu' terbilang ka? Tengok ada sikit serupa Nalapambu juga. Macam mana boleh termasuk kumpulan melayu 'terbilang' ?

Dia serupa itu macam mamak Zambri, baru2 ini buat perhimpunan India Muslim. Itu semua dia orang punya geng la. India mari punya, ada serupa Nalapambu juga.

Walaubagaimana pun Nala ucapkan tahniah dan selamat 'melayu terbilang'.

May 12, 2010

~~~~~~~Alla makkk, betuah nya badannnn!!!!!!~~~~~~~

Nala cilok ini gambar kat blog sahabat, nala tak nak komen apa2 - itu lah kasih nya ibu.

Hafis apa macam? tara sapa2 mau piluk sama dia? - kisian

May 10, 2010

judi Bolapsepak Piala Dunia 2010 - satu cabaran kepada 'negara Islam UMNO'

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Oleh kerana  memandangkan ratusan atau ribuan juta RM yang akan di perolehi, maka UMNO dengan tidak berasa segan silu menyuarakan hasrat hati mereka untuk meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia.


Bukan nya apa? Perkara ini timbul kerana sifat dan sikap UMNO yang tamak harta kekayaan, mereka sanggup buat apa saja sama ada halal atau haram asalkan boleh dapat untung dan dapat duit. 


Sepatutnya PAS atau mana2 parti pembangkang tidak perlu protest hal perkara ini. Biarkan sahaja mereka luluskan lesen judi ini. Setidak nya ia akan menambah kan lagi timbunan harta kekayaan pemimpin2 UMNO yang berkenaan.


Penyokong2 atau pencacai2 UMNO juga akan sama2 dapat menikmati hasli 'durian runtuh' judi ini. Pada mereka semuanya 'boleh' asalkan beroleh banyak wang. Lihat saja bloggers pencacai2 UMNO, seorang pun tidak berani bersuara menentang nya, bahkan mereka menyokong dengan sepenuh hati.


Nala juga menyokong supaya lesen judi Bolasepak Piala Dunia ini di kajisemula dan diluluskan. Kalau lesen judi di Genting Highland boleh di luluskan, mengapa pula lesen judi Bolasepak Piala Dunia ini tidak boleh diluluskan?

May 05, 2010

P94 Hulu Selangor ke P212 Sibu, Sarawak.

BN akan sekali lagi berhempas pulas untuk mempertahankan P212 Sibu. Jika trend pengundi kaum cina di P94 HS berjangkit ke P212 Sibu, BN pasti akan ditimpa kemalangan teruk.

Sebenarnya selepas PRU12 kaum cina sudah pun mengubah haluan nya kepada DAP. Kaum cina sudah anggap BN dikuasai sepenuhnya oleh UMNO. Kaum cina juga sudah anggap UMNO terlalu perkauman. UMNO bertambah parah dengan ujudnya PERKASA.

P94 HS sebenarnya tumbang jika BN tidak letak kan kaum india sebagai calun nya. Kemenangan BN ini kerana sokongan kaum india yang menyokong calun dari bangsanya. Perkara ini sudah jelas bahawa konsep 1 Malaysia masih lagi belum diterima rakyat.

Sekarang kaum cina sudah ada satu tujuan khasnya, iaitu DAP perlu di 'perkasakan'. Jika DAP sudah perkasa maka dengan mudah mereka boleh bersuara lebih berani dan lantang. DAP sudah mula mendapat tempat dihati kaum bukan melayu di Sabah dan Sarawak.

BN terselamat pada PRU12 yang lepas kerana adanya Sabah dan Sarawak. Sekarang BN sudah tidak lagi boleh haraf kan kepada Sabah dan Sarawak lagi untuk menghadapi Pru13 akan datang. P212 Sibu akan bukti kan bahawa BN akan tumbang pada PRU13.

May 04, 2010

UMNO semakin pudar - hilang sokongan kaum bukan melayu.

PRU13 semakin hampir menjelang, BN/UMNO semakin bertambah parah. Langsung tidak ada tanda2 BN/UMNO akan pulih kembali kuat seperti sebelum PRU12 yang lepas. Sebenarnya kemenangan BN di P94 HS sangat mengecewakan pemimpin2 BN.

Sudah nampak jelas terserlah bahawa kaum cina sudah berpatah arang dan berkerat rotan terhadap BN/UMNO. Sokongan dari kaum india pula se mata2 kerana calun nya berbangsa india, jika sekiranya BN meletak kan calun melayu sudah pasti BN akan tumbang di P94 HS.

BN/UMNO telah berada diambang keruntuhan nya, tetapi pemimpin2 nya cuba memperlihatkan bahawa mereka masih lagi nampak kuat dan mendapat sokongan dari rakyat. Mereka terpaksa berbelanja beratusan juta RM dalam mengambil hati rakyat di P94 HS. Namun hasilnya mereka cuma mendapat kelebihan undi kurang dari 2000, berbanding satu ketika dahulu mereka pernah meraih lebih dari 14,000 majoriti nya.

10 PRK telah berlalu, BN cuma menang 3 PRK sahaja. Sekarang BN sedang berhadapan dengan satu lagi dugaan pahit di Sibu, Sarawak. Kali ini BN akan bertemu buku dengan ruas menentang DAP. Kekuatan DAP di kawasan2 majoriti kaum cina tidak boleh disangkal lagi. BN boleh tabur ratusan juta RM di Sibu, akan tetapi sudah pasti akan menerima kekecewaan.

Politik tanah air hari ini sudah berubah. Rakyat memerlukan pemimpin2 yang jujur, bersih dan berjiwa kental dalam perjuangan nya membela nasib rakyat. Kaum bukan melayu sudah bosan dengan sikap dan tengkah laku buruk pemimpin2 BN. Kini sudah nampak jelas dan nyata bahawa pemimpin2 PAS lebih baik dalam segala hal jika dibandingkan dengan pemimpin2 BN terutamanya UMNO.

Pemimpin2 BN/UMNO cuma berminat mencari harta kekayaan dan hidup ber mewah2 dan ber poya2 sahaja. Semua pemimpin2 UMNO ini cuma hidup untuk jadi kaya raya dan menipu rakyat sahaja. Mereka menabur wang ringgit untuk berkuasa, bila sudah berkuasa mereka mula kumpul harta kekayaan.

Rakyat sudah tidak boleh lagi di tipu dan di perbodohkan oleh pemimpin2 UMNO ini buat selama2 nya. Kini sudah timbul kesedaran yang akan membuat perubahan besar untuk mengangkat pemimpin2 yang lebih jujur, bersih dan berjiwa kental seperti pemimpin2 dari PAS dan DAP.

Kerjasama PAS dan DAP pasti akan berjaya merubah keadaan dari kerajaan rasuah kepada kerajaan yang telus dan bebas dari rasuah.