May 10, 2010

judi Bolapsepak Piala Dunia 2010 - satu cabaran kepada 'negara Islam UMNO'

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Oleh kerana  memandangkan ratusan atau ribuan juta RM yang akan di perolehi, maka UMNO dengan tidak berasa segan silu menyuarakan hasrat hati mereka untuk meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia.


Bukan nya apa? Perkara ini timbul kerana sifat dan sikap UMNO yang tamak harta kekayaan, mereka sanggup buat apa saja sama ada halal atau haram asalkan boleh dapat untung dan dapat duit. 


Sepatutnya PAS atau mana2 parti pembangkang tidak perlu protest hal perkara ini. Biarkan sahaja mereka luluskan lesen judi ini. Setidak nya ia akan menambah kan lagi timbunan harta kekayaan pemimpin2 UMNO yang berkenaan.


Penyokong2 atau pencacai2 UMNO juga akan sama2 dapat menikmati hasli 'durian runtuh' judi ini. Pada mereka semuanya 'boleh' asalkan beroleh banyak wang. Lihat saja bloggers pencacai2 UMNO, seorang pun tidak berani bersuara menentang nya, bahkan mereka menyokong dengan sepenuh hati.


Nala juga menyokong supaya lesen judi Bolasepak Piala Dunia ini di kajisemula dan diluluskan. Kalau lesen judi di Genting Highland boleh di luluskan, mengapa pula lesen judi Bolasepak Piala Dunia ini tidak boleh diluluskan?

1 comment:

  1. Negara maju,judipun maju. Aku harap kerajaan pikir p a n j a n g - p a n j a n g. Jangan cari masalah. Menang dua PRK kt P.Dickson dan HS dah rasa kuat dan boleh buat sesuka hati. Kalau tanya jemaah kabinet semuanya mengangguk. Tanya rakyat beragama islam. Jangan jadi kes hadiah penyapu yg K.Toyo buat. Ikut syok sendiri.

    ReplyDelete

, ,