Walaupun bilangan penduduk di P94 majoriti nya kaum melayu, ianya telah dipaksa serahkan kepada MIC. Penduduk2 kaum melayu kebanyakan nya mahu P94 dikembalikan kepada UMNO. Malangnya pemimpin2 atasan UMNO berdegil dan tidak pernah mahu dengan rintihan kaum melayu di P94 ini.
Pada PRU12 yang lepas kaum melayu sudah tunjuk kan tanda protest nya dan BN telah kalah. Kini keadaan BN akan semakin parah kerana ujudnya PERKASA yang diterajui oleh UMNO. PERKASA sangat tidak disenangi oleh kaum cina dan india. Campur tangan UMNO dalam PERKASA akan menambah kan hilang sokongan BN dari kaum bukan melayu.
Kaum cina juga tidak menyokong MIC kerana sebelum ini P94 pernah dipegang oleh MCA sebelum ianya diserahkan kepada MIC. Hasrat kaum cina untuk memiliki semula P94 masih tidak luntur. Sudah pasti undi kaum cina akan menjadi milik PR.
Paling malang lagi apabila MIC di P94 sudah bergolak, seorang ahli atasan nya sudah dipecat kerana menjadi calun bebas menentang BN/MIC. Begitu juga dengan UMNO, seorang pemimpin UMNO juga telah dipecat kerana menjadi calun bebas menentang BN/UMNO.
Komposisi bilangan kaum melayu cuma lebih kurang 53.9% sahaja di P 94 Hulu Selangor. Jika 10 atau 20 peratus sahaja memehak kepada PR, sudah pasti BN akan tumbang sekali lagi.
Perkara ini tidak mustahil akan berlaku kerana ramai melayu yang membantah P94 dikekalkan dibawah MIC. Ahli PAS dan PKR juga tidak kurang ramai nya di P94 ini. Sebenarnya ini lah masalah yang paling besar yang sedang dihadapi oleh BN/UMNO.
Walaupun kini bloggers dari gulungan pencacai2 UMNO sedang sebok menghentam perbadi calun PKR, ianya seperti anjing menyalak bukit' sahaja.
No comments:
Post a Comment
, ,