P94 Hulu Selangor medan ujian yang paling hebat bagi PM kita. MIC sudah istihar P94 kawasan tradisi bagi MIC, kalah menang (pasti kalah punya) mesti bagi MIC merebut kerusi P94. YB Samy Vellu siang2 lagi sudah cadangkan Dato Palanivel calun yang tewas pada PRU12 lepas untuk merebut semula kerusi itu.
Mengikuti berita dan cerita2 dari pendudukan tempatan, UMNO mahu 'rampas' kembali kerusi P94 dari MIC. Hampir semua penyokong2 UMNO (melayu) mahukan P94 diserahkan kepada calun UMNO untuk bertanding merebut semula kerusi itu. Sudah ada kedengaran berita angin yang menyatakan bahawa pengundi melayu akan buat undi protest jika MIC diberikan kerusi itu.
Ini lah yang akan buat PM kita pening kepala. Jika PM ikut kehendak pengundi UMNO, maka BN akan hilang sokongan dari pengundi kaum india pula. Sebenarnya, undi dari kaum india ini lah sebagai penentu untuk kemenangan BN.
Sekarang BN tidak lagi boleh mengharafkan dari pengundi kaum cina, kerana permainan politik kaum cina ini sangat berbeza dari kaum2 lain. Mereka cuma mahu cari keuntungan sahaja. Kita mereka sudah beraleh arah kepada DAP. Dengan ini mereka akan senang cari lebih untung. Mereka tahu bahawa kerajaan mahukan sokongan mereka jadi kerajaan terpaksa ikut kehendak kemahuan mereka.
Walaupun bilangan pengundi melayu melebihi 50% tetapi mereka sudah berpecah. Jika 20% sahaja menyokong PR maka hancurlah UMNO. Sedangkan pengundi kari kaum cina sekarang ini sudah hilang kepercayaan nya terhadap UMNO. Sekarang ujud pula PERKASA yang sangat menakutkan kaum bukan melayu.
Sebenarnya kedudukan BN/UMNO masih berada dalam kekecohan. BN/UMNO tidak boleh dengan senang merebut kembali P94 Hulu Selangor dari PKR@PR.
No comments:
Post a Comment
, ,