Kekosongan kerusi P94 tidak membawa kegembiraan kepada BN. Malahan ianya akan membawa bencana besar kepada BN.
P94 memang unik, ianya telah menjadi lambang kesetiakawanan antara parti dalam BN. Pada awal nya ianya di miliki oleh UMNO. Setelah habis satu penggal ianya diserahkan kepada MCA selama empat penggal, selepas itu ianya diberikan peluang pula kepada MIC.
MIC telah menguasai nya selama enam penggal sehingga kalah pada PRU12 yang lepas. UMNO memang baik hati, sanggup memberi peluang selama 10 penggal kepada sahabat parti komponen nya MCA dan MIC. Sebenarnya UMNO sudah terlalu banyak berkorban untuk parti2 komponen nya terutamanya MIC.
Jika mahu dikirakan, semua kerusi yang dimiliki oleh MIC itu adalah kawasan majoriti kaum melayu. Kerana di Malaysia ini tidak ujud satu kawasan pun yang bermajoritikan kaum india. Jika MIC di berikan kepada kawasan majoriti kaum cina, pasti MIC akan kalah teruk. Itu sebab MIC diberi keistimewaan di kawasan2 majoriti melayu sahaja.
Presiden MIC pada awal2 nya sudah umumkan timbalan nya untuk dicalun kan semula di P94. Dia tidak sabar2 lagi untuk tunggu pengumuman dari yang lebih berkuasa dalam BN. Beberapa hari kemudian beliau bersuara kembali dengan meyerahkan kepada PM untuk menentukan siapa yang patut dicalun kan.
Sebenarnya P94 sudah lama dituntut kembali oleh UMNO. Malangnya MIC berdegil tidak mahu serahkan kembali kepada tuan asalnya iaitu UMNO. Kedegilan MIC ini telah menerima padah pada PRU12 yang lepas. UMNO telah jatuhkan MIC dengan undi protest.
Sekarang akan berlaku lagi satu episod rebutan kerusi di P94. Kali ini rebutan kerusi ini tidak boleh di sembunyikan lagi. Dimana sahaja sembang2 kita akan terdengar rintihan dari kaum melayu yang mahukan P94 diserahkan kembali kepada UMNO. Jika tidak, ada kemungkinan peristiwa buruk PRU12 akan berulang kembali.
No comments:
Post a Comment
, ,