Dengan mengekal kan MIC untuk mempertahankan atau menawan kembali P94 Hulu Selangor adalah satu kesilapan besar bagi BN.
Sebenarnya kaum india sendiri sudah hilang minat terhadap MIC atau pun PPP. Ini sudah terbukti bahawa hampir semua calun2 MIC atau PPP tewas pada PRU12 yang lepas. Presiden MIC dan timbalan nya sendiri telah menanggung kekalahan dikawasan nya Sg Siput dan Hulu Selangor.
Kaum india tidak akan kembali menerima MIC selagi Presiden nya yang sudah terlalu lama itu tidak berundur. Kaum india sudah hilang kepercayaan nya terhadap MIC untuk membela kaum india.
Kini BN akan berhadapan semula dengan PKR yang telah mendapat sokongan penuh dari DAP. Kekuatan DAP tidak boleh disangkal lagi. Kerana kaum cina juga telah hilang kepercayaan nya terhadap MCA. Hari ini MCA yang di ketuai oleh Presiden yang baru dan 'sangat popular' pula orang nya. Hinggakan ketua wanita nya yang bermaruah telah meletak kan jawatan nya.
Cabaran BN seterusnya ialah tentang perpecahan kaum melayu. Kaum melayu yang menyokong PAS atau PKR tidak boleh diperkecilkan. Jika 20% sahaja kaum melayu ini memehak kepada PKR, pasti BN akan tumbang sama seperti PRU12 yang lepas.
Cadangan PM untuk mengekalkan MIC menerajui P94 sebenarnya TIDAK mendapat restu dari akar umbi UMNO. P94 memang asalnya milik UMNO, kini sepatutnya sudah tiba masanya ianya diserahkan kembali kepada UMNO. Penyokong2 UMNO sudah pun memberi isyarat pada PRU12 yang lepas.
Jika kaum india sendiri sudah hilang kepercayaan nya terhadap MIC, apahalnya pula dengan penyokong UMNO? Adakah penyokong UMNO pula yang terlebih kepercayaan nya terhadap MIC? Ini lah persoalan2 yang perlu difikirkan dan di jawab oleh penyokong UMNO.
Kita akan saksikan nanti dihari penamaan calun, ketika itulah penyokong2 UMNO terutamanya wanita2 nya bertakbir dan menjerit2 dengan penuh semangat untuk memberi sokongan terhadap MIC.
beb, kupasan lu gred "E" aje...LANGSUNG tak gegar beb!! BARU BELAJAR KE jadi blogger ke?
ReplyDelete