April 26, 2010

Fakta yang sangat menggerunkan UMNO~~~ sokongan kaum cina terhadap PR semakin kuat.


PRK P94 Hulu Selangor sebenarnya sangat mengejutkan UMNO. Walaupun BN menang, tetapi telah kehilangan sokongan dari kaum cina. P94 memang kubu kuat BN, tetapi hari ini ianya sudah hampir roboh dan pernah roboh pada PRU12 yang lepas.

PM bermimpi disiang hari dengan menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap BN sudah pulih. Adakah dengan kemenangan majoriti 1,725 ini boleh dijadikan kayu pengukur bahawa BN sudah pulih? Sedangkan kubu kuat BN ini pernah mendapat majoriti lebih 14,000 satu ketika dahulu.

Sedangkan dikubu kuat pun BN cuma boleh mendapat 1,725 undi majoriti sahaja, bagaimana pula dengan kawasan2 lain yang bukan kubu kuat BN? - pasti akan hancur!

Kini BN memang dalam keadaan tertekan tanpa sokongan dari kaum cina dan india. Kaum india menyokong BN di P94 kerana calun nya kaum india, kalau tidak sudah pasti tidak ada sokongan dari kaum india.

Sebenarnya UMNO sudah tenggelam punca untuk cari jalan supaya kaum cina dan india kembali sokong BN. Kalau dikaji secara halus, pencacai2 UMNO lah yang menyebabkan puncanya kaum cina dan india tinggalkan BN.

Punca utamanya ialah pengkhianatan dalam UMNO sesama ahli2 nya sendiri. Sebagai contoh ialah berkenaan kes DSAI. Sebab musabab DSAI tersingkir dari UMNO ialah kerana perbuatan ahli2 atau pencacai2 UMNO yang busuk hati. Begitu juga dengan tersingkirnya Tun AAB dari jawatan PM yang di terajui nya cuma satu penggal sahaja.

Kini di ujudkan pula PERKASA yang juga diterajui oleh pencacai2 dan bekas pemimpin2 yang terbuang dari UMNO. Sedikit sebanyak PERKASA telah menakutkan kaum cina dan india. Mungkin kerana UMNO telah gagal untuk memberi penjelasan mengapa PERKASA di ujudkan.

Kaum cina dan india menjauhkan diri dari mana2 parti yang ada hubung kait dengan BN/UMNO. MCA, Gerakan, MIC dan PPP telah menerima akibat buruk nya pada PRU12 yang lepas. Hingga kini pada PRK di P94 Hulu Selangor, kita masih saksikan kaum cina tidak menyokong BN.

BN akan ketar lutut di P212 Sibu, Sarawak. Majoriti pengundinya adalah dari kaum cina. Politik kaum cina tidak mudah dan senang diberi umpan seperti kaum2 lain. Jika angin PRK P94 bertiub ke P212 pasti BN akan tergolek macam kerbau jatuh longkan.

3 comments:

  1. Busuknya hati kamu ini, lebih jahat dari Ular.

    Sour grape..

    GO to hell with Chinese votes..PAS boleh ambil DAP jadi menantu.

    Dah kalah dah lah,..terima je lah.

    ReplyDelete
  2. UMNO harus berani terima kenyataan. BN sudah tidak lagi mendapat sokongan dari kaum bukan melayu.

    ReplyDelete
  3. Macam main bola la bro...1-0 pun kalah jugak, lu nak bebel apa lagi!

    ReplyDelete

, ,