Kebijaksanaan PM untuk menutup malu jika P94 akan kekal di tangan PKR. Jika P94 diserahkan kembali kepada UMNO pasti BN akan kalah sekali lagi. Kekalahan di tangan UMNO akan mendatangkan kemaluan yang teramat besar kepada BN.
Sebenarnya BN sudah menghidu kekalahan di P94. BN belum lagi pulih bahkan ianya bertambah parah lagi. Rebutan kerusi P94 antara MIC dengan UMNO ini sahaja sudah mendatangkan bencara besar kepada BN.
Kaum india yang berjumlah 19% sahaja ini tidak semuanya ahli MIC. Kaum india telah terlalu ramai sudah tinggalkan MIC, mereka sudah hilang kepercayaan terhadap MIC dan Datuk S Vellu. Jika betul2 di kira kaum india yang masih lagi tinggal menyokong MIC cuma tidak lebih 10% sahaja.
BN juga sudah lupa bahawa sebelum P94 diserahkan kepada MIC ianya milik MCA. Kaum cina yang melebihi kaum india iaitu berjumlah 26.7%. MCA juga ada hati mahukan juga P94 dikembalikan kepada nya. Tetapi malang nya MCA tidak terdaya kerana kaum cina sudah hampir semuanya menyokong DAP.
Kini BN cuma sebuk tentang MIC yang mempunyai beberapa orang penyokong yang setia dan masih menyokong BN. BN sudah ketepikan UMNO yang lebih ramai penyokong nya. Adakah penyokong UMNO ini boleh diperbodohkan oleh BN untuk se lama2 nya?
PKR tidak bermasalah mempertahankan P94 kerana sudah terjamin sepenuhnya 26.7% undi dari kaum cina. Jika 15% sahaja melayu menyokong PAS dan 10% lagi menyokong PKR sudah pasti MIC akan tumbang tergolek. Ini belum lagi diambil kira penyokong dari kaum india yang bencikan MIC.
No comments:
Post a Comment
, ,