Pendita agung MIC awal2 lagi sudah buat booking diatas kerusi yang telah kosong kerana kembali nya YB Dr Zainal Abidin Ahmad ke alam yang kekal abadi. Nampak benar pendita MIC ini benar2 sudah jadi berani mendahului PM.
Seharusnya beliau terlebih dahulu berbincang dengan PM sebelum membuat sebarang kenyataan. P94 memang kerusi tradisi bagi MIC, kalah atau menang itu lain perkara, P94 akan tetap untuk MIC sahaja. Jadi tidak perlulah bagi beliau awal2 bersuara merebut P94.
UMNO akan mengundang bahaya jika merampas kerusi P94 dari MIC. Kaum india akan boikot dan semua akan undi PKR, yang pasti BN akan kehilangan 19% undi yang sudah tentu milik BN. MCA walau pun ada 26.7%, tetapi masalah dalaman parti itu masih kusut dan belum selesai. Boleh dikatakan hampir semua kaum cina telah menyokong DAP.
Walaupun kaum melayu ada 53.9%, tetapi ianya sudah berpecah tiga. Dua kumpulan menyokong PR iaitu PAS dan PKR. Jika 20% sahaja kaum melayu ini menyokong PR, Pasti BN/UMNO akan kalah besar. Lebih teruk lagi dari PRU12 yang lepas.
Sekarang PM kita pasti akan pening kepala, kerana UMNO juga sedang giat menuntut P94 supaya di serahkan kepada UMNO, kerana kunun nya MIC sudah hilang sokongan dan tidak mampul untuk merampas P94 dari PKR.
Tanggapan dari UMNO ini memang ada kebenaran nya, kerana kaum cina dan india sudah hilang kepercayaan nya terhadap BN. MCA dan MIC sudah jadi lompang, yang tinggal cuma pemimpin2 dan pencacai2 nya sahaja.
Keputusan nya, walau siapa pun dicalun kan atau parti apa pun selain PKR@PR pasti akan kalah teruk di P94 Hulu Selangor. Untuk menjaga nama baik BN adalah lebih baik jangan bertanding langsung untuk merebut P94 dari PKR.
No comments:
Post a Comment
, ,