Pakatan Rakyat (PR) adalah sebuah gabungan parti yang sangat sesuai untuk memerintah negara Malaysia. PR terdiri dari komposisi parti2 yang boleh diterima oleh semua gulungan kaum di Malaysia.
PR berbeza sama sekali dengan BN, BN telah dikuasai sepenuhnya oleh UMNO. Parti2 komponen BN seperti MCA, MIC, Geraka, PPP dan parti2 yang lain dari Sabah dan Sarawak tidak boleh bebas bergerak atau bersuara tanpa merujuk kepada UMNO.
Pemimpin2 UMNO semua nya menjadi kaya raya kerana mereka berkuasa sepenuh nya dalam semua bidang pentadbiran. Lihat sahaja di peringkat pemimpin bawahan seperti ketua2 cawangan dan ketua2 bahagian, semuanya kaya raya walaupun baru pegang satu atau dua penggal jawatan nya.
Itulah sebabnya setiap kali ada pemilihan jawatankuasa di semua peringkat pasti berlaku rebutan kuasa yang hebat. Di sini lah berlakunya rasuah merasuah dikalangan ahli2 UMNO ini. Pemimpin2 yang kedekut atau takut beri rasuah pasti akan gugur. Yang berani dan tidak kedekut pasti akan berjaya menjadi pemimpin UMNO.
Menjadi pemimpin UMNO walau di peringkat mana pun adalah menjadi satu aset yang sangat menguntungkan. Itu sebab RASUAH dalam UMNO tidak mungkin boleh dihapuskan.
Negara kita adalah sebuah bumi yang bertuah, kita mendapat hasil dari muka bumi, dalam bumi dan dilautan. Negara kita memiliki segala hasil yang sangat lumayan. Jika dibandingkan dengan Singapura yang kering kontang hasil bumi nya, sepatutnya kita akan lebih maju dan kaya raya dari Singapura.
Singapura menjadi jauh lebih maju dari Malaysia kerana kejujuran dan ketelusan pemimpin2 nya. Singapura juga di pimpin oleh pemimpin2 yang sangat berwibawa dan berakhlak tinggi. Ini kerana tidak berlaku sebarang rasuah semasa pemilihan pemimpin di buat.
Keadaan sangat berbeza di Malaysia, pemimpin yang tidak jujur dan tidak bermaruah telah diketengahkan melalui RASUAH. Maka di sini lah kita telah mempunyai pemimpin2 yang yang bertaraf barua dan bangsat - tamak harta, gila kuasa dan tidak jujur.
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi, tetapi rakyat hidup melarat. Kehidupan melarat ini lah yang telah menyebabkan berlaku nya berbagai gejala sosial yang buruk seperti samun dan bunuh.
Kita harus bertindak segera menghapuskan pemimpin2 yang RASUAH ini dari menerajui negara yang kaya raya ini sebelum terlambat. Pemimpin2 RASUAH ini lah yang telah menghisab segala harta kekayaan negara selama ini.
Mereka campak sekupang pada kita, sebalik nya mereka kebas RM 1 juta.
No comments:
Post a Comment
, ,