March 24, 2010

UMNO tak ubah seperti 'Pak Kaduk' - menang sorak kampung tergadai

lagi2 mau tunjuk keris

Harapan untuk UMNO mendapat sokongan dari kaum bukan melayu menjadi semakin tipis. Sebenarnya tanpa 'PERKASA' pun kaum bukan melayu sudah tinggalkan BN/UMNO. BN/UMNO pasti akan tumbang tanpa sokongan dari kaum bukan melayu.

Apakah tujuan sebenar nya PERKASA di tubuhkan? Adakah UMNO sudah GAGAL membela melayu maka PERKASA terpaksa ditubuhkan?Mungkin kah UMNO akan bertambah kuat dengan tertubuhnya PERKASA?

Sebenarnya PERKASA akan menambah buruk kan lagi kedudukan UMNO dari segi sokongan kaum bukan melayu. Penubuhan PERKASA ini sebalik nya akan menambah kan lagi kekuatan Pakatan Rakyat.

BN masih lagi gagal di pulih kan setelah ditimpa kemalangan yang sangat teruk pada PRU12 yang lepas. Kekalahan calun2 dari parti komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP se mata2 disebabkan kaum bukan melayu sudah hilang kepercayaan nya terhadap parti itu.

UMNO juga sudah menjadi lemah kerana kaum melayu sudah hilang kepercayaan nya dan menyokong PAS dan PKR. Gabungan Pakatan Rakyat iaitu DAP, PAS dan PKR sangat sukar ditandingi oleh BN. 

Krisi yang sedang berlaku dalam PR cuma pada parti PKR sahaja. Itu pun cuma masalah pemimpin nya yang korupt dan tidak jujur sahaja. Pemimpin yang korupt dan tidak jujur ini sudah selamat disingkirkan keluar dari parti. Akan tetapi penyokong2 parti tetap unggul, kuat dan bersatu padu.

Masalah dalam BN sangat berlainan dengan PR. Sebenar nya parti2 komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP sedang menghadapi masalah hilang kepercayaan dari penyokong2 nya. Hampir semua penyokong2 parti itu sudah cabut lari keluar pada PRU12 yang lepas.

Hingga kehari ini parti komponen BN ini bermasalah dan tidak tentu arah. Pemimpin2 dan pencacai2 nya sedang berebut kuasa, sedangkan ahli2 dan penyokong2 nya sudah tiada lagi, mereka sudah selesa berada dalam PR.

Masalah dalam UMNO lebih besar dan sulit daripada parti2 komponen nya. Pe3rmasalahan UMNO ini dapat di sembunyikan kerana semua media2 tidak dibenarkan siarkan berita2 tentang permasalahan dalam UMNO, siarkan berita2 yang baik sahaja.

UMNO pasti akan musnah, kerana sokongan kaum melayu sudah terpecah tiga. Dua kumpulan melayu telah menyokong PAS dan PKR, cuma satu kumpulan melayu sahaja yang menyokong UMNO. Mampukah UMNO hidup sendirian seperti kera sumbang?

PAS dan PKR pula telah mendapat sokongan padu dari DAP. Sebenar nya DAP telah disokong oleh kaum bukan melayu yang dulu nya menyokong BN. Dengan secara tidak langsung PAS dan PKR telah mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu, seperti mana UMNO masa lampau.

Sekarang pemgaruh DAP terhadap kaum bukan melayu semakin bertambah kuat. Tidak mustahil ianya akan dapat menguasai pengapur nya di Sabah dan Sarawak pula.


No comments:

Post a Comment

, ,