Mampu kah UMNO pujuk kembali penyokong2 kaum bukan melayu yang sudah lari tinggalkan BN/UMNO. PRU12 telah membukti kan bahawa bukan melayu sudah tinggalkan BN/UMNO. Hampir semua kawasan majoriti kaum bukan melayu dapat ditawan pembangkang. Penghijrahan kaum bukan melayu ini telah sebab kan kerajaan BN hampir tumbang.
Malang sungguh bagi PM yang sedang ber sungguh2 berusaha tarik kembali sokongan kaum bukan melayu di kacau dan di rosak kan oleh sekumpulan melayu kuno yang diketuai oleh seorang johan ahli lompat katak. Sebenar nya ahli lompat katak ini telah sedang menggagalkan usaha2 PM untuk memujuk kaum bukan melayu kembali menyokong BN/UMNO.
Sampai bila melayu boleh buangkan sikap dan sifatnya yang sombong dan berbangga diri ini? UMNO sepatutnya cari jalan perdamaian, bukan provokasi terhadap kaum lain. Melayu tidak perlu tunjukan keperkasaan nya jika ianya betul2 sudah perkasa. Tidak perlu ugut dan takutkan kaum lain. Dunia hari ini bukan macam 100 tahun dahulu, boleh tunjukkan keris dan lembing untuk takutkan musuh2 nya.
Pada pandangan rakyat, UMNO semakin bertambah buruk. Sikap perkauman nya semakin bertambah nyata. Sikap pemimpin2 nya yang rasuah, tamak harta, gila kuasa dan pangkat masih tidak berubah. Sekarang rakyat sudah pandai dan bijak menilai dan memilih pemimpin2 nya yang betul2 benar bersih, amanah dan jujur. Sifat2 ini lah yang sangat sukar terdapat dalam UMNO.
Sebenar nya UMNO sudah tersepit dengan ber bagai2 masalah, UMNO cuma boleh tutup masalah ini dari tersebar melalui media2 sahaja. Sedangkan secara umumnya rakyat sudah sedar dan mengetahui segala kepincangan dalam UMNO.
Tanpa sokongan padu dari kaum bukan melayu, UMNO akan menemui jalan buntu dan sukar untuk menghadapi PRU13 akan datang.
No comments:
Post a Comment
, ,