March 24, 2010

Pakatan Rakyat semakin mantap - DAP,PAS dan PKR bersatupadu.


Sekarang kaum bukan melayu sudah hilang kepercayaan nya terhadap BN yang diterajui oleh UMNO. Lihat sahaja bagai mana rupanya keadaan MCA, MIC, Gerakan dan PPP, semua nya hidup segan dan hampir mati.

UMNO pasti musnah tampa sokongan dari kaum bukan melayu. UMNO hanya bergantung talian hayat nya kepada Sabah dan Sarawak sahaja. Rakyat di sana sudah mula sedar dan celek mata selepas PRU12. Ini terbukti pada PRK Batang Aii, dimana calun dari PKR telah mendapat sambutan besar walaupun kalah.

Buat pertama kali bertanding, sepatutnya PKR kalah dan hilang wang pertaruhan nya. Tetapi perkara sebalik nya telah berlaku. Ini telah menandakan bahawa rakyat di seberang sana sudah mula sedar dan bangun dari tidurnya.




Tidak mustahil pada PRU13 akan datang rakyat di Sabah dan Sarawak juga inginkan perubahan seperti di semenanjung ini. Kini DAP sedang giat berusaha memajukan PR di Sabah dan Sarawak, kegiatan ini telah dibantu pula oleh PKR dan PAS.







UMNO harus sedar dan jangan terlalu sombong dan bangga diri, sedangkan melayu sudah berpecah tiga, cuma satu bahagian sahaja yang menyokong UMNO, sedangkan dua lagi menyokong PAS dan PKR.

Kekuatan DAP tidak boleh disangkal lagi hampir semua kaum bukan melayu telah menyokong DAP, kini DAP pula sudah ditambah kuat kan pula oleh PAS dan PKR. Jika satu ketika dulu kekuatan UMNO dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kini suahsana sudah berubah, sebenarnya hampir semua penyokong parti komponen BN itu sudah menyokong PR.

Peringatan Nala tentang perenggan akhir ini perlu dihayati oleh semua pencacai2 UMNO yang masih lagi tidak sedarkan diri.

No comments:

Post a Comment

, ,