PAS kawasan Bagan Datuk menyampaikan bantuan kepada rakyat miskin
Pakatan Rakyat tidak sepatutnya dilanda krisis yang berlarutan. Yang bermasalah cuma dalam PKR sahaja. Ianya cuma masalah kecil yang melibatkan segelintir pemimpin yang tidak berpendirian tetap yang tersalah pilih pada PRU12 yang lepas. Sekarang pemimpin2 yang kotor ini sudah terkeluar dari Pakatan Rakyat.
Apa yang perlu sekarang untuk dilakukan ialah mengukuhkan Pakatan Rakyat. Sebenarnya PR tidak pernah hilang sokongan nya dari rakyat, malahan sokongan akan bertambah lagi setelah pemimpin yang kotor itu terkeluar dari PR.
Kempen dan ceramah2 mesti ditambah kerapkan dan diperluaskan keserantau negara terutamanya di Sabah dan Sarawak. Inilah masanya PR berkempen dan berceramah kerana kerajaan sedang menghadapi berbagai isu besar seperti kegagalan nya mengawal harga barang2 dan perkhidmatan2. Dengan kenaikan harga barang2 terutamanya makanan telah sangat menekan hidup rakyat jelata.
Menteri2 yang berkenaan untuk mengawal kenaikan harga barang2 ternyata telah gagal dengan tugas nya. Setiap hari hampir semua jenis barangan telah naik hargan nya. Terutananya Beras, jika lebihkurang setahun dahulu bagi bersa 5% harganya cuma sekitar RM15.00 sahaja, tetapi hari ini ianya sudah naik hingga RM25.00 lebih.
Paling menyedihkan ialah berkenaan dengan harga ikan, sekarang ikan yang paling murah ialah disekitar RM6.00 satu kg. Ikan kembung pun sudah tetap dengan harga RM8.00 keatas. Itu cuma contoh untuk yang kita mesti makan sekurang2 nya dua kali sehari.
Setiap kali menteri berkenaan muncul berucap, dia akan berikan penjelasan 'bodoh' sahaja - boikot, pergi ke kedai yang jual murah, cari bahan lain sebagai ganti, dan berbagai2 nasihat 'bodoh' lagi. Yang pasti rakyat tetap menderita untuk mengisi perut keluarganya.
Kepada pegawai2 kerajaan dan pekerja2 lain mungkin ianya tidak membeban kan sangat, tetapi bagi buruh2 atau yang tidak punya perkerjaan tetap ianya memang terseksa untuk menyara hidup keluarganya.
Kes kecurian semakin bertambah di mana2 juga dinegara ini. Orang kampung yang susah semakin bertambah susahnya. Apakan tidak, hendak pelihara ayam itek pun sudah tidak boleh lagi kerana pencuri terlalu banyak. Pantang saja rumah kosong, pasti kena pecah.
No comments:
Post a Comment
, ,