March 25, 2010
Mengapa UMNO gagal membangunkan ekonomi melayu........
Enam PM dari UMNO sudah berlalu, kini bermula pula dengan era baru pemimpin UMNO yang ke tujuh. Sepatutnya melayu sudah menjadi satu bangsa yang sangat maju dalam semua bidang seperti ekonomi, sosial dan kedudukan nya sebagai bumiputera.
Malang sungguh bagi kaum melayu yang menyokong UMNO selama lebih 60 tahun ini telah menjadi bangsa yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan soaial serta kedudukan taraf bumiputeranya juga sudah terancam.
Sebaliknya kaum melayu telah terlebih maju dalam gejala2 buruk seperti penagihan dadah, melepak, merempit, meragut dan sek bebas serta buang bayi. Kaum melayu juga berada ditahap nombor satu dalam kemiskinan. Mengapa boleh jadi begini? Sedangkan teraju pemerintah telah diterajui oleh melayu sendiri iaitu UMNO.
Sepatutnya setelah UMNO menerajui negara lebih 60, se tidak2 nya tidak ada lagi melayu yang miskin hidup melarat di bumi sendiri.
UMNO sangat berbangga dengan ketuanan melayu, dasar ekonomi baru dan berbagai2 slogen yang membangkit kan semangat melayu. Tetapi malang sunggguh bagi kaum melayu, masih lagi berada ditakuk lama.
Sebenar nya melayu sudah ditipu dan dipermainankan oleh pemimpin2 UMNO yang tamak harta dan tamak kuasa. Setiap kali budget di umumkan ribuan juta RM diperuntukan bagi kepentingan rakyat miskin. Malang nya hanya sekumit sahaja yang benar2 sampai sesasaran nya, baki yang lain tersimpat kedalam perut tempayan pemimpin2 UMNO yang tidak jujur.
Sebagai contoh: Setiap tahun, beratus juta PM di peruntukan bagi kaum Asli, jika peruntukan ini benar2 sampai kesasaran nya sudah pasti tidak ada lagi orang Asli yang papakedane lagi.
Malang, sungguh malang, ini lah yang telah berlaku sejak turun temurun pemimpin2 UMNO berkuasa. Mereka yang kaya makin bertambah kaya. Lihat sahaja empaire keturunan pemimpin2 UMNO ini, semuanya hidup mewah kaya raya miliki ribuan billion RM. Di sini lah terkumpul nya segala harta kekayaan negara.
Negara kita adalah salah satu negara yang kaya dengan segala hasil bumi dan lautan, begitu juga dengan bidang pertanian dan industri. Jika segalanya diurus dengan baik dan jujur pasti negara ini sudah jadi sebuah negara sifar kemiskinan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
, ,