UMNO cuma boleh memusnahkan para pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak jujur dan lemah semangat sahaja. Tempat pemimpin2 yang pengkhianat ini pasti akan digantikan dengan pemimpin yang benar2 amanah dan jujur.
Hari ini pencacai2 UMNO sedang bergembira meraikan katak2 yang melompat keluar dari PR. Sebenar nya PR telah menjadi sebuah parti yang bersih setelah katak2 ini melompat keluar. Segala kotoran yang ada pada katak2 ini akan terbawa nya kedalam UMNO yang sudah sememang nya busuk.
Kekuatan PR bukan nya terletak pada katak2 ini. Kekuatan PR terletak kepada perpaduan kaum cina dan india ke dalam sebuah parti - iaitu DAP. DAP pula telah mendapat sokongan padu dari ahli2 dan penyokong2 PAS dan PKR yang sangat setia kepada parti nya. Selagi penyokong2 PAS dan PKR ini bersatu padu dengan DAP, pasti kerajaan BN akan tumbang pada PRU13 akan datang.
Kekuatan perpaduan penyokong PR dari DAP, PAS dan PKR tidak boleh dapat diganggu gugat oleh UMNO. Boleh berupaya kah UMNO menarik penyokong2 PR ini menyertai menyokong BN/UMNO? Sama sekali tentunya TIDAK BOLEH. Yang UMNO boleh tarik cuma katak kodok yang tidak berguna sahaja.
Publisiti yang sangat meluas yang dibuat oleh UMNO tentang katak2 melompat ini cuma untuk tarik perhatian pengundi2 DUN Sabah dan Sarawak yang akan diadakan pada bila2 masa sahaja. Sebenar nya publisiti murahan ini tidak banyak akan dapat memperngaruhi pengundi2 di Sabah dan Sarawak.
Kerana pengundi2 di Sabah dan Sarawah hari ini sudah lebih sedar dan lebih berfikiran matang. Mereka tidak mudah di kelirukan oleh UMNO. PRU13 akan datang pasti Sabah dan Sarawak akan lebih matang dan berani membuat perubahan besar.
No comments:
Post a Comment
, ,