March 18, 2010

EX-PKR dalam UMNO akan hancurkan BN/UMNO.

Pemimpin 'lalang' dalam UMNO

Kini UMNO sedang dipenuhi oleh pemimpin2 'lalang' tanpa pendirian, tanpa kesetiaan dan tanpa maruah. Sekarang pemimpin2 'lalang' ini sedang sebok buat road-show ke serata negara. Segala ucapan2 nya sungguh menaik kan semangat dan emosi orang melayu. 

Tetapi mereka sudah lupa bahawa disebalik menaik kan semangat melayu nya itu, mereka telah menurun kan semangat kaum bukan melayu untuk menyokong BN/UMNO. Sebenarnya, setiap ceramah2 yang mereka ada, cuma melayu dari gulungan pencacai2 UMNO sahaja yang ramai hadir.

Umum semua maklum sudah tahu dan kenal siapa itu Ezam, yang boleh terima dan boleh dengar dan percayakan cakap nya cuma pencacai2 UMNO sahaja. Kepada penyokong2 dan ahli PAS dan PKR ianya dianggap hampas sahaja. Kepada kaum bukan melayu yang inginkan pemimpin yang tulin, jujur dan berwibawa, manusia seperti ini dianggap pengkhianat yang tidak boleh dipercayai sama sekali. 

EX-PKR yang berada dalam UMNO atau yang menyokong UMNO ini boleh lah di ibarat kan 'duri dalam daging' UMNO. Duri ini lah yang akan mendatang kan nanah yang akan menyebab kan jadi kudis dan seterus nya menjadi tokak. UMNO yang sudah memang mengidap penyakit 'kencing manis' kronik ini akan menerima pada buruk pada PRU13 akan datang.

Suahsana sangat berlainan jika dibandingkan dengan ceramah2 PR, semua kaum ramai hadir, hinggakan terpaksa dikerah pehak berkuasa bertindak untuk menyurai kan majlis ceramah PR itu. Pendek kata setiap kali ada ceramah PR, pasti ada gangguan dibuat oleh pehak yang berkuasa. Itu lah hebatnya ceramah2 PR.
Sebenar nya ceramah2 PR ini cuma ucapan2 pemimpin2 nya untuk menyampai kan massage2 berkenaan hal ehwal semasa sahaja. Oleh kerana ianya terganggu setiap kali cerama, maka dengan secara tidak langsung ianya telah menjadikan episod ini menjadi popular dan jadi bualan di kedai2 kopi di kampung2. PR hebat, hingga terpaksa di kekang ceramah2 nya, jika tidak ianya akan menyusah kan BN/UMNO.

Sebenar2 nya rakyat tersangat ingin mahu tahu mengapa ceramah2 PR ini sangat digeruni oleh BN/UMNO. Itu lah persoalan nya yang menjadi kan ceramah2 PR sangat popular dikalangan rakyat. Sudah menjadi lumrah manusia, ingin mengtahui benda2 dan perkara2 yang ''sulit2' atau yang di larang.

Adalah lebih baik UMNO buat road-show untuk kembalikan sokongan kaum bukan melayu terhadap BN/UMNO.


No comments:

Post a Comment

, ,