November 11, 2011

Bloggers pro Pakatan Rakyat tidak pernah sehaluan



PRU 13 semakin hampir tiba, bloggers pro BN terus menerang sambil mempertahankan pemimpin2 mereka dari serangan kita. Malang nya mereka lebih nampak terserlah kejayaan nya. Mereka lebih nampak lebih berjaya dan berkesan dalam kempen2 untuk memajukan parti dan pemimpin2 mereka.
Saya tidak kata mereka itu sangat baik tetapi mereka lebih berjaya daripada kita. Kejayaan mereka ini di sebabkan mereka bersatu - mereka ada ketua pemimpin bloggers nya, setiap bloggers yang pro BN mereka telah masuk kan kedalam semua link. Ini bermakna ianya memudahkan semua untuk memasuki semua bloggers yang pro BN. Bahkan mereka juga sanggup memasuk kan link dari bloggers yang menentang mereka.

Hal sedemikian tidak pernah ujud dalam alam maya bloggers yang pro Pakatan Rakyat. Bloggers PR yang sudah maju dan banyak bilangan hit sabgat berlagak sombong, mereka tidak mahu masuk kan link bloggers yang baru atau yang tidak terkenal. Ini berlaku pada diri saya. saya pernah minta sedekah pada bloggers seperti Idham Lim (Cina Islam) atau banyak lagi yang lain. Permintaan saya tidak dilayan.

Cuma satu blog sahaja yang sangat bermurah hati yang mahu masuk kan blog saya dalam link nya - iaitu blog Al Banjari, saya sangat berterima kasih kepada Tn punya blog iaitu Wak Raden.

April 14, 2011

Sejarah Terengganu - PRU-10 tahun 1999 akan berulang lagi di Serawak




Terengganu tumpas ketangan PAS dalam PRU-10 tahun 1999 kerana ke engganan MB nya berundur setelah berkuasa selama 6 penggal. Banyak lagi sejarah yang telah bukti kan bahawa pemimpin2 tua yang sanggat degil ini akan akhirnya jatuh terguling juga - di guling kan oleh rakyat secara buruk atau pun secara terhurmat.

Presiden MIC juga telah terguling oleh rakyat. Baru2 ini pula Husni Mubarak juga telah di gulingkan oleh rakyat secara kasar. Kini Muamar Gadapi juga sedang bermati matian bertahan habis habisan kerana rakyat nya sedang giat berusaha mengulinkan nya.

Persoalan nya, mengapakah pemimpin2 tua ini sangat keras dan sangat berdegil tidak mahu berundur, sedangkan mereka semuanya sudah jadi kaya raya mengumpul harta dan wang ber bilion2 RM. Apa lagi yang mereka mahu tamak kan lagi.

Mengapa mereka tidak mahu ambil contoh seperti mantan PM TDM yang sudi berundur secara terhormat. Bukan kah dia terselamat dari apa2 segala tuduhan dan kejian dari rakyat walaupun semua maklum tahun beliau telah banyak mengumpul kekayaan.

Harus di ingat bahawa kebencian rakyat akan bertambah jika pemimpin2 tua ini memberikan berbagai alasan untuk melengah kan pengunduran nya. Apa juga alasan yang diberikan ianya tidak mungkin diterima oleh rakyat dengan begitu mudah.

Pasti PRN Sarawak kali ini akan memberi kejutan besar kepada pemimpin BN.

March 04, 2011

Harapan untuk PAS menawan Merlimau dan Kerdau amat cerah

Cuma tinggal dua hari sahaja lagi bagi penentuan kajatuhan DUN Merlimau dan Kerdau ketangan PAS. Pada mata kasar memang sukar untuk PAS menawan DUN Merlimau dan Kerdau. Kita sedang berhadapan dengan musuh yang mempunyai segala kelengkapan.

Setiap kali di adakan PRK, UMNO akan menggunakan segala kelengkapan dan kemudahan dari kerajaan. Pada ketika itu juga UMNO menaburkan ratusan juta RM kepada kawasan yang mengadakan PRK. Ini juga sebenarnya boleh dianggap sebagai rasuah juga.

Sedangkan di pehak pembangkang  kita cuma ada lidah dengan gigi sahaja. Kempen kita juga kurang mendapat liputan yang meluas. Bagi pehak UMNO mereka boleh mengunakan semua jenis media yang ada seperti RTM, TV2, TV3 dan lain2 media elektronik yang ada. Akhbar2 media cetak juga sudah mereka kawal dan monopoli sepenuhnya.

Walaupun begini kita boleh juga memberikan tentangan yang kuat dan boleh menggugat kedudukan mereka. Mereka sebenarnya sedang berada dalam kebimbangan pada kekuatan sokongan terhadap parti Pakatan Rakyat yang semakin bertambah kuat.

Setelah beberapa PRK berlalu, BN masih lagi nampak berkedudukan di tahap lama. Sokongan dari kaum bukan melayu masih berkurangan. Sebalik nya sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin kukuh.

March 02, 2011

Kebangkitan Hindraf pada 27.2.2011 mengusarkan UMNO

HINDRAF kembali tunjukan keujudan nya adalah tepat pada masa nya menjelang PRK DUN Merlimau dan Kerdau. Media2 yang pro UMNO tidak berani siarkan peristiwa itu dalam siaran berita2 TV dan surat khabar.

Sebenarnya UMNO sedang berada dalam kecemasan dan serba salah dalam menangani perhimpunan 'haram' yang di anjurkan oleh Hindraf itu. Walau pun beberapa pemimpin Hindraf telah di tangkap, ianya sedikit pun tidak akan melemahkan semangat Hindraf untuk terus berjuang.

Yang pasti nya Hindraf masih lagi terus berjuang hingga mencapai cita2 nya. Walau pun DUN Merlimau dan Kerdau tidak ramai pengundi dari kaum india ianya sedikit sebanyak boleh juga menggugat kedudukan keputusan PRK itu.

Hindraf di ujudkan kerana ketidak puas hati kaum india terhadap kerajaan BN yang di terajui oleh UMNO. Pada PRU12 yang lepas Hindraf banyak memain kan peranan nya menjatuhkan beberapa pemimpin dalam kerajaan BN. Tidak boleh di nafikan akan kekuatan Pertubuhan Hindraf ini. Ianya telah di sokong dan di anggotai oleh kaum india dari berbagai parti.

Keputusan PRK DUN Merlimau dan Kerdau akan memberi kejutan besar kepada UMNO. Sokongan Hindraf kepada PAS masih kukuh dan tidak banyak berubah. MIC menang di Hulu Selangor se mata2 kerana calun nya dari keturunan india. Jika Hulu Selangor calun nya dari UMNO pasti BN akan kalah.

Sekarang penyokong2 Hindraf ini akan tunjuk kan pula sokongan nya terhadap PAS pula. Bersedia lah bagi UMNO untuk menerima padah nya.

February 18, 2011

Ingin tahu

Salah satu blog pro Pakatan Rakyat yang saya minati dan selalu kunjungi ialah blog Misbahul Munir Blog. Malang sungguh blog ini nampaknya sudah kurang aktif, sudah se bulan tidak up date.

Kebelakang ini nala perhatikan sudah banyak blog2 pro PR kurang aktif atau pun terus tutup begitu sahaja. Kalau ada pun blog yang masih aktif tetapi posting nya sangat kurang bertumpu kepada hal2 politik yang berkaitan.

Kita sepatutnya bertambah aktif dan bersatu padu dan lebih aggrasif dalam menentang bloggers pro BN. Jika begini lah halnya dengan bloggers PR, pasti kita akan menghadapi masalah dalam menghadapi PRU 13.

February 09, 2011

Pakatan Rakyat harus berjuang dibawah satu Lambang Parti

Kita sepatutnya telah berjaya merampas kerusi N5 DUN Tenang. Malang nya kita telah ditimpa beberapa fakta kesilapan. Sepatutnya kita berlawan dengan BN dengan menaikan bendera satu lambang parti sahaja.

Semasa PRK DUN Tenang, BN cuma mengunakan satu lambang parti sahaja, iaitu lambang dacing buruk nya. Strategi mereka ini nampak nya berjaya. Sepatutnya Pakatan Rakyat juga berusaha mengunakan satu lambang parti sahaja dalam mana2 PRU atau PRK. Sedikit sebanyak ianya akan menampak kan ke bersatuan parti kita iaitu DAP, PAS dan PKR.

Jika sekiranya cuma lambang PAS sahaja kelihatan ini ada kemungkinan kelirukan penyokong nya dari kaum bukan melayu yang menyokong DAP dan PKR. Lagi pun jika dibiarkan pehak masing2 gunakan lambang sendiri ianya juga memberi gambaran kita tidak ada bersatu.

Ianya mungkin berlainan keadaan jika kita bertanding dikawasan majoriti kaum cina. Jika lambang DAP sahaja digunakan, kaum2 lain seperti penyokong2 PAS dan PKR pasti akan undi DAP juga. Pakatan Rakyat harus mulakan mengunakan satu lambang parti ini di PRK DUN Merlimau.

February 02, 2011

Perjuangan harus di teruskan

N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

Walaupun kita baru mengalami kekecewaan di DUN N5 Tenang, ini tidak bermakna kita sudah kalah dalam pertempuran melawan kezaliman. Lawan tetap lawan! Ayuh marilah kita semua bangun bersama2 berjuang kembali di medan perang baru iaitu di DUN27 Merlimau. Melaka.

Kali ini PAS bermurah hati serahkan calun kepada wakil dari PKR untuk bertanding di DUN N27 Merlimau. Kita harus berkerja lebih keras lagi daripada PRK yang lalu, ini kerana kita terpaksa berdepan dengan bloggers penyokong UMNO yang biadap dan kurang ajar semasa mereka membuat serangan terhadap calun PAS di Tenang.

Bloggers Pakatan Rakyat harus bersatu padu dan berkerja sama dalam satu pasukan jika mahu membuat serangan yang lebih berkesan. Pada perhatian Nalapambu masih ada banyak bloggers penyokong Pakatan Rakyat yang top tidak mahu berkerja sama dengan bloggers semut yang baru atau kurang terkenal. Kalau minta disenaraikan blog pun mereka enggan.

Sepatutnya bloggers yang top ini tolong bantu promosikan bloggers2 yang baru mahu berjuang bersama. Hanya blogger Al Banjari sahaja yang nampak lebih terbuka dan bermurah hati telah senaraikan blog Nalapambu, bloggers yang lain enggan berbuat demikian walaupun dipohon untuk disenaraikan.

Tidak seperti bloggers penyokong UMNO mereka tubuhkan BPN dan telah menyenaraikan semua bloggers yang pro UMNO disenaraikan kedalam blog yang sudah top.

Haraf kepada semua bloggers Pakatan Rakyat yang sudah top senaraikan bloggers semut kedalam blog list masing2 dan jangan lupa senaraikan juga  - nalapambu-09.blogspot.com

January 27, 2011

Akhirnya kita berjaya.............

TPM telah memberikan satu keputusan yang baik dan tepat pada masanya. Keputusan untuk membuat pindaan terhadap nobel Interlok adalah satu cara yang betul. Kami akan menerima dan menyokong nya dengan sebulat suara walaupun saya bukan dari parti yang menyokong kerajaan.

Sebenarnya kejayaan kita ini kerana suara kita sudah mula kedengaran dan dapat diterima pakai. YB Menteri yang berkenaan harus teruskan bersuara lantang untuk membela kaum nya sendiri. Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang perlu diperjuangkan untuk kaum kita.

Dalam keadaan suahsana  politik hari, maka ini lah masanya untuk kita berkompromi dengan kerajaan. Saya haraf YB teruskan usaha2 yang baik ini.

January 25, 2011

Siapa sebenarnya kehabisan modal di N5 DUN Tenang

Kesian BN! Hinggakan Cikgu Mala pakai glove pun riuh rendah di laungkan kesana sini. Yang paling bangang ada pula seorang pemimpin atasan nya turut menjerit, tidak kurang pula dengan pencacai2 nya dikalangan bloggers.

Dengan tiba2 pula bloggers pencacai2 UMNO sudah menjadi juara tentang agama islam. Mempertikaikan dan menghina Cikgu Mala kerana bersarung tangan ketika berjabatan tangan. Sebenarnya pehak yang bangang ini memang bangang tentang islam. Saya sudah berkecimpung dengan masyarakat islam semenjak dilahirkan. Setahu saya wanita islam yang benar2 berpegang kepada agama islam memang tidak bersentuhan dengan lelaki yang bukan mohrem nya.

Tetapi dikalangan wanita2 yang kurang memahami islam dan lemah pegangan nya mereka ini memang boleh buat sesuka hati nya. Wanita2 jenis ini biasanya rambut nya terselerak keluar mengerbang macam hantu pontianak, berwarna warni dan ada yang merah menyala macam api neraka. Ada juga wanita jenis ini yang anggap bahawa wanita dan lelaki itu sama sahaja, cuma yang berlainan nya jantina sahaja.

Berbalik semula kepada PRK N5 DUN Tenang, sepatutnya wanita2 islam di kawasan ini patut hormati sikap Cikgu Mala yang sejati tentang islamnya. Cikgu Mala sememang nya sudah patuh dan mengamalkan cara2 hidup islam nya dari kecil lagi kerana dia di didik dengan cara islam yang sebenarnya.

Kami bagi penyokong2 Pakatan Rakyat memang tidak pernah pertikaikan cara2 kehidupan islam. Kami tidak pernah anggap Cikgu Mala telah menghina mana2 pehak kerana beliau berjabat tangan dengan memakai glove. Kerana itu hak nya sebagai seorang islam yang sejati.

Cuma BN yang sudah kehabisan modal kempen sahaja yang mempertikaikan dan me rendah2 kan Cikgu Mala yang mentaati agama islam nya. Sungguh hina dan jijik sikap BN ini yang boleh juga dikatakan sudah menghina agama islam.
 
Saya pernah lihat wanita2 islam dikalangan pemimimpin UMNO, mereka tidak konsisten tentang islamnya. Mereka cuma memakai tudung ketika melawat orang mati atau masuk masjid sahaja, itu pun jambul rambutnya ter tunjul keluar macam kepala burung kenyalang.

Sekarang kita dangan mudah untuk mengenal dan bezakan wanita UMNO dan PAS. Perkara ini tidak perlu lah saya huraikan di sini. 

Saya haraf semua kaum muslim segera sedar dan insafi siapa sebenarnya yang menolak islam demi pepentingan politik nya.

Tidak mustahil UMNO tumbang di DUN N5 TENANG

N5 TENANG
Jumlah Pengundi: 14,511
Peratusan Kaum: M: 49.59% C: 38.24% I: 12.07%
1. Sulaiman Taha (BN) (6,367)
2. Mohd. Saim Siran (Pas) (3,875)
Majoriti: 2,492
Jumlah undi: 10,655
Peratus mengundi: 73.43%
Undi rosak: 413
Penyandang: Sulaiman Taha (BN)
(Majoriti: 8,649 undi)

Sekarang sudah nampak nyata bahawa kaum bukan melayu sudah menjadi rebutan antara dua parti melayu iaitu UMNO dan PAS. PAS cuma perlukan 10% sahaja sokongan dari kaum melayu.  Maka dengan itu, awas UMNO anda dalam bahaya. Jika kami bersatu sebulat suara akan menyokong PAS maka tumbang lah UMNO.

Johor bukan lagi kubu kuat UMNO. Jika dimasa lampau PAS akan hilang wang pertaruhan nya jika bertanding di negeri Johor. Hari ini PAS boleh dikatakan telah mendapat tempat dihati rakyat negeri Johor. Bukti nya tidak ada lagi calun PAS yang hilang wang pertaruhan nya.

Perhatikan carta diatas - walau pun PAS kalah tetapi ianya sudah dapat kurangkan majoriti UMNO dari 8,649 kepada hanya 2,492 sahaja. Ini bermakna bahawa PAS sudah pecahkan tembok kubu kuat UMNO di Johor.

Walaupun PAS cuma turun kemedan peperangan dengan senjata yang minima jika dibandingkan dengan UMNO yang menurunkan kesemua senjata yang canggeh2, malang nya gagal menahan kemaraan PAS. UMNO memang bangang, masih fikirkan rakyat hari ini bodoh dan boleh diperbodoh kan. Kesedaran rakyat lah yang menyebabkan PR terutamanya PAS mendapat pertambahan sokongan setiap kali PRU atau PRK diadakan.

UMNO sedang melakukan transformasi, mengapa baru sekarang baru teringat mahu transform? Sejauh mana ianya akan berjaya? Jangan anggap mudah untuk mahu transform kan pemimpin2 UMNO yang sudah tegar dengan rasuah, mencari dan mengumpul kekayaan, hidup ber mewah2 han.

Apabila tiba PRU atau PRK pemimpin2 UMNO ini akan ber duyun2 turun padang keserata ceruk rantau kampung dan desa. Dikala ini kalau suruh mereka cuci tandas pun mereka sanggup. Pemimpin2 UMNO memang sangat handal dalam seni lakunan nya.

January 24, 2011

Semuanya Kerana Kekuatan "PAKATAN RAKYAT"

Kini tidak boleh dinafikan lagi kekuatan PR dalam arena politik tanah air. Semasa keagungan BN satu ketika dulu, suara2 rakyat yang memerlukan bantuan hampir tidak boleh bersuara lagi. Kaum2 yang berlindung di bawah panji2 MCA, Gerakan dan MIC tiada boleh menyuarakan apa2 pendapat yang mereka fikirkan bertentangan. BN angkuh kerana parti2 pembangkang lemah.

Selepas PRU-12 yang lalu BN tersedar bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu. Kerajaan BN hampir tumbang, cuma ianya telah terselamat kerana sokongan dari Sabah dan Sarawak sahaja. Makin hari kesehari kini rakyat Sabah dan Sarawak juga sudah mula tersedar dan semakin bijak membuat pernilaian.

Hakikat ini telah disedari oleh BN, segala daya usaha sedang mereka lakukan untuk kembalikan sokongan nya. Apa yang kami minta pasti diberikan, apa yang kami tidak suka pasti mereka turuti, pendek kata kita sudah jadi 'anak emas'.

Dengan ini kita harus perkuatkan lagi kedudukan Parti Pakatan Rakyat. Kekuatan Pakatan Rakyat ini lah yang menyebabkan kerajaan BN terpaksa berkendur dan tunduk melutut. Jika BN kembali kuat seperti dahulu kita akan tertindas semula. Maka dengan mengekal kan kekuatan Pakatan Rakyat sahaja lah kita akan boleh terus dipandang dan diberi perhatian yang sepenuh nya oleh BN.