April 05, 2010

Mampukah BN merampas kembali P94 Hulu Selangor dari PR?

DSAI

Satu persoalan yang sangat sukar untuk dijawab. P94 telah di memangi oleh PR@KKR pada PRU12 yang lepas dengan majoriti yang sangat tipis. PKR juga telah tewas di tiga kawasan DUN P94.

Memandangkan keadaan PKR yang nampak ada sedikit masalah di pucuk pimpinan parti juga akan mendatangkan kesan nagetif. Sebalik nya juga BN sedang dilanda berbagai masaalah dalam parti2 komponen nya. MCA masih tidak stabil, MIC, PPP dan Gerakan juga bermasaalah.

Jika dipandang pada mata kasar, UMNO pun bermasalah, tetapi ianya boleh di selindungkan oleh media2 yang dikuasai oleh BN.  Sekarang UMNO sedang giat melobi PM supaya P94 di kembalikan kepangkuan UMNO semula. P94 memang nya berasal dari milik UMNO. 

Penyokong2 UMNO pasti akan kecewa jika PM berdegil untuk mencalunkan semula kerusi itu kepada MIC. Walaupun calun nya bukan calun yang lama, ianya masih tidak boleh diterima oleh penyokong UMNO. Kini PM sedang menghadapi satu permasalahan yang sangat besar.

Awal2 lagi pemimpin UMNO sudah beri amaran kepada penyokong nya - undi siapa sahaja yang telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti. Tidak kira siapa. Ini lah yang berlaku di Bagan Pinang hinggakan calun 'rasuah' pun boleh menang dan dijadi kan pemimpin UMNO.

UMNO jangan fikir pengundi hari ini sama dengan 5 atau 6 puluh tahun dahulu. Zaman dulu2 UMNO boleh pujuk rayu dengan rasuah kepada penyokong2 nya. Penyokong2 hari ini terdiri dari gulungan manusia yang berpendidikan dan bermaruah tinggi. Mereka tahu yang mana baik dan yang mana buruk.

Sebaliknya PKR@PR tiada menghadapi apa2 masalah tentang calun nya. PKR cuma nampak sedikit bermasalah pada segelintir pemimpin yang kotor (semuanya sudah dibuang keluar), tetapi pada sokongan dari rakyat ianya masih tetap kuat dan kukuh, malahan ianya bertambah2 kuat lagi selepas pemimpin yang kotor itu tiada lagi dalam PKR.

Yang pasti PKR tiada masalah untuk mempertahankan P94 Hulu Selangor pada PRK 25 April 2010 akan datang ini.

1 comment:

  1. Mari Bergabunglah Bersama MandiriQQ, menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
    1 ID untuk 7 PERMAINAN ( NEW GAME : BANDAR SAKONG!!! )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik dari MandiriQQ..!!
    - Bonus TurnOver 0.5% tiap Minggunya
    - Bonus Referral 20% Dibagikan Setiap Minggunya.
    - Minimal Deposit hanya 20 Ribu
    - Minimal Withdraw hanya 50 Ribu
    Untuk info lebih lanjut Silahkan hubungi Cs MandiriQQ
    PIN BBM : 2BE2B4BA
    Line : mandiri_qq
    yahoo : mandiriqq@yahoo.com
    Link : www.mandirimenang.com

    ReplyDelete

, ,