April 02, 2010

Melayu PAS Vs Melayu UMNO

 Gambar hiasan.

Jika kita berjalan2 di kampung2, pasar2 atau di bandar2 kita sangat sukar untuk bezakan wanita cina atau india dari parti politik mana yang mereka sokong. Tetapi bagi kaum melayu ianya sangat mudah. Jika bertudung dan masih lagi nampak kelihatan jambulnya maka sah lah 100% penyokong UMNO.

Boleh dikatakan 100% wanita yang menyokong PAS semuanya bertudung rapat menutup rambutnya. Satu lagi ialah fesion pakaian yang dipakai oleh wanita PAS semuanya labuh dan longar seperti jubah. Jarang2 sekali kita melihat wanita PAS yang bertudung dan memakai seluar ketat.

Bagi kaum lelaki pula ianya tidak banyak berbeza. Kaum lelaki PAS gemar bersongkok putih. Tetapi songkok putih sangat dibenci oleh lelaki UMNO. Boleh dikatakan tidak seorang pun ahli UMNO yang berani pakai songkok putih dalam acara2 parti nya.

Dari segi kelakuan dan akhlak budi perkerti juga sangat berbeza dikalangan anak2 muda mudi PAS dan UMNO. Perkara ini tidak lah perlu atau tidak lah baik jika sisiarkan di sini. Anda semua sedia maklum ketahui nya jika anda pergi kebandar2, disana kita boleh saksikan dan bezakan yang mana muda mudi PAS dan UMNO.

Dalam hal keagamaan pun begitu juga ada nampak ketara besar perbezaan nya di antara penyokong2 PAS dan UMNO. Di sini sekali lagi Nala tidak mahu bincangkan perkara ini dalam blog ini. Anda semua sudah maklum mengetahui nya lebih mendalam lagi.

PAS dan UMNO cuma boleh kita lihat ianya bersama ketika makan kenduri, menhadiri kematian, dan upacara keagamaan sahaja. Dikala ada kematian, kenduri atau sembahyang di surau dan masjid baru lah kita nampak ahli2 UMNO ada yang pakai songkok putih.

Ini cuma sedikit sahaja perkara2 yang membezakan PAS dan UMNO untuk dijadikan renungan dan tatapan kita bersama. Buang yang keruh ambil yang jernih.

1 comment:

, ,