December 10, 2009

Bisul Pemuda UMNO akan meletus - gara perlantikan Timbalan Menteri untuk KJ


Kini parti UMNO mula jadi cacing kepanasan. Perkara buruk yang sedang dilanda oleh UMNO selama ini sudah tidak dapat disembunyi kan lagi. Perkara buruk ini tidak lain tidak bukan berkenaan pergerakan Pemuda UMNO.

UMNO sudah bikin kesilapan yang sangat besar kerana TIDAK menjatuhkan hukum terhadap kesalahan 'rasuah' Khairy Jamaluddin.  Sebenarnya KJ adalah 'duri dalam daging' bagi UMNO. Kini duri itu sudah menjadi bisul yang mula keluarkan nanah.

Sebenar nya bukan perkara yang mudah bagi UMNO untuk menarik keluar 'duri' ini, kerana ianya buka nya sebarangan duri. Silap2 tarik, UMNO mungkin menemui ajalnya.

Penyokong2 KJ ini semuanya jenis 'berani mati' punya, kerana mereka telah termakan 'budi' yang harus di balas. Jika dianggarkan bilangan keramaian ahli2 nya ianya pasti meng gugat kedudukan UMNO pada PRU13 yang semakin hampir tiba.

Begitu juga dengan ahli2 yang sangat 'anti-KJ', bilangan ahlinya juga ramai. Kita pasti akan menyaksi kan 'peperangan' besar diantara dua kumpulan ini tidak lama lagi. Mempukah PM dan Timbalan nya meleraikan 'peperangan' diantara dua kumpulan yang sama kuat, sama hebat dan sama bersemangat.

Permasalahan dalam pergerakan Pemuda UMNO sebenarnya lebih teruk dari masalah yang sedang melanda MCA. Jika masalah MCA sukar diselesaikan makan pergerakan Pemuda UMNO lagi lebih sukar.

UMNO pasti mati dibunuh oleh UMNO sendiri.

No comments:

Post a Comment

, ,