Sebenarnya UMNO sama juga seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Parti2 ini sedang dilanda berbagai masalah buruk yang TIDAK BOLEH mereka selesaikan.
Kita cuma dapat lihat dan dengar permasalahan dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP sahaja. Inilah kebijaksanaan UMNO sehingga dapat menutup 'bangkai gajah' nya. Semua media telah dikawal dan diharamkan dari menyiar kan sebarang berita buruk nya. UMNO telah berjaya membutakan mata dan tulikan telinga penyokong2 nya.
Kalau mahu ceritakan semua perkara buruk yang sedang berlaku dalam UMNO, 44 hari 44 malam pun tidak boleh habis. Kerana terlalu banyak perkara buruk yang sedang berlaku dalam UMNO.
Sebagai satu contoh - tip of the ice-berg, ialah tentang pergerakan Ketua Pemuda UMNO nya. Sebahagian besar penyokong UMNO sedang cuba tenggelamkan KJ, malang nya segala usaha nya gagal kerana KJ juga ada punyai ramai penyokong. Kini ke dua2 pehak yang pro dan anti KJ sedang berperang saraf untuk menjatuhkan satu sama lain. Cuma ianya di 'senyapkan' oleh semua media yang pro kerajaan.
Itu cuma sedikit sahaja cerita tentang keburukan UMNO, jika di tinjau lagi kedalam semua bahagia pucuk pimpinan nya ada lagi berbagai masalah yang lebih besar. Cuba anda semua fikirkan, bagaimana UMNO boleh menghadapi PRU13 yang semakin hampir tiba, sedangkan mereka kini sedang sebok 'bergaduh'.
Tumpuan dan pemerhatian serta pemikiran rakyat sedang dipesong kearah lain dengan menyebarkan berita2 palsu tentang parti lawan nya iaitu Pakatan Rakyat. Tetapi kita bernasib baik kerana semua rakyat hari ini bijak dan pandai menimbangkan mana yang betul dan mana yang palsu.
No comments:
Post a Comment
, ,