Sebenarnya UMNO sama juga dengan MCA, berlaku pergeseran dan pergolakan yang sangat serious dalam ke dua2 parti itu. Bezanya dalam MCA pergolakan jawatan timbalan, dalam UMNO sayap Ketua Pemuda.
Selama ini kita cuma dengar desas-desus nya sahaja. Kini kita sudah mula mendengar dentuman nya pula. Ini berlaku apabila ada cadangan untuk memberi jawatan Timbalan Menteri kepada KJ ketua pemuda UMNO itu.
Kita sudah mula lihat serangan2 dari bloggers yang anti-KJ menyerang, menyuarakan bantahan dan menentang cadangan perlantikan itu. Ini sudah memberikan gambaran kepada kita bahawa dalam pemuda UMNO ada dua kumpulan yang sedang bermusuh-musuhan.
Bezanya dengan pergolakan dalam MCA ianya dihebohkan dalam semua media. Tetapi hal pemuda UMNO ini ditutup rapat oleh semua media. Kita cuma dapat ketahui melalui laman2 blog sahaja.
Kini sebenarnya keadaan sayap Pemuda UMNO sedang dalam keadaan yang sangat parah. Ramai pehak mahukan supaya KJ berundur dari memegang jawatan yang diperolehinya melalui 'rasuah'. Tidak kurang pula ramainya yang mahukan KJ terus kekal memegang jawatan Ketua Pemuda itu.
Pergolakan ini lah yang sebenarnya akan menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO pada PRU13 nanti. Hingga kini tiada sebarang usaha yang dilaku kan untuk menyatu-padukan sayap Pemuda UMNO ini.
Setiap hari media2 yang pro-UMNO dan pencacai2 UMNO menghentam Pakatan Rakyat. Mereka sebok hendak meruntuhkan rumah orang lain sedangkan rumah mereka sendiri sudah mula roboh.
PRU13 semakin hampir tiba, beribu masalah dalam BN masih lagi terbengkalai, BN/UMNO pasti akan tumbang pada PRU 13 nanti.
ahakz.... biasalah , sedangkan nabi pun tidak boleh membuat semua orang gembira , ada juga yang sakit hati dan mencemburui kepimpinan beliau . inikan Khairy Jamaluddin hanya insan daif yang biasa. Apa yg kita harap krn ini sememangnya lumrah kehidupan manusia. Kalau tidak , tidak pula di namakan manusia.Terutama orang yang sentiasa sakit hati melihat kejayaan orang lain , akan sentiasa menyalak sampai keluar biji mata ~betul tak nalakssss?? wakakakakakaka!
ReplyDeletetapi, tabik pada YB Khairy yg menunjukkan kematangan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran
abis la mukhriz..punah la impian mahathir nak tengok dia jadi PM lepas Najib
ReplyDeletethe world war coming...