December 31, 2009

'Kelab Penyokong PAS' - 'Himpunan Penyokong PAS', dua2 makna sama - tidak beri apa2 makna kepada "PAS For All"

Pada pendapat Nala, walau apa nama pun diberikan kepada kumpulan bukan islam yang menyokong PAS ianya sama saja - 'no meaning at all' terhadap slogan "PAS For All".

Sepatut nya, apa salahnya jika bukan islam di beri 'taraf' ke ahlian dalam PAS. Sedangkan kini kami telah menyokong dan memberi undi kepada calun2 PAS. Kami juga patut di beri hak untuk menghadiri sebarang muktamar PAS. Dengan ini kami boleh lagi mendalami hal2 yang berkenaan parti PAS.

PAS masih juga di anggap 'racial' jika kaum bukan islam tidak dibenarkan menjadi ahli PAS. Jika PAS mahu terus maju dan mendapat sokongan yang kekal dari buka islam, PAS harus ubah dasar perlembagaan nya supaya bukan islam boleh menjadi ahli.

Sebagai contoh, kaum bukan islam (kristian) di Sabah dan Sarawak sangat 'fobia' dengan parti PAS. Hingga kini PAS gagal untuk tarik perhatian kaum Iban, Dayak dan semua peribumi yang beragama kristian, sedangkan jumlah bilangan kaum ini sangat besar di Sabah dan Sarawak.

Sokongan penduduk dari Sabah dan Sarawak adalah sangat penting bagi Pakatan Rakyat, jika PAS tidak mendapat sambutan dari Sabah dan Sarawak maka hasrat untuk PR berkuasa amat tipis.

Sebenar nya PR sudah berjaya di Semenanjung, tetapi telah gagal di Sabah dan Sarawak. Mungkin kaum peribumi disana belum memahami dasar parti PAS dengan sepenuh nya. PAS mesti buka keahlian nya kepada peribumi Sabah dan Sarawak, seperti UMNO yang sudah bolehkan mereka menjadi ahli UMNO di Sarawak.

No comments:

Post a Comment

, ,