Setiap saat media2 yang mengampu kerajaan berterusan menghentam Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga dengan bloggers pencacai2 UMNO yang sedang menggila menghentam PR di dalam setiap posting mereka.
Malang, sungguh malang sekali bagi pengampu2 dan pencacai UMNO ini. Kerana setiap tindak-tanduk nya telah akan menambah kan keadaan buruk BN/UMNO itu sendiri. Mereka sudah lupa akan tugas yang sangat penting yang sedang mereka pikul - MEMULIHKAN BN/UMNO!
Adakah BN/UMNO sedang di pulihkan? Jawapan nya TIDAK!. BN/UMNO semakin parah!.
UMNO masih dalam keadaan ditakuk lama - berpemimpin kan dengan pemimpin2 yang RASUAH, TAMAK dan GILA KUASA.
Bagaimana pula dengan MCA? MCA sudah hancur, penyokong2 nya sudah selesa berada dalam DAP. Yang masih tinggal dalam MCA hanya pemimpin2 dan pencacai2 yang berkepentingan diri sahaja.
Sama juga dengan MIC, Gerakan dan PPP - semuanya sudah berkubur pada PRU12 yang lepas.
Apalah lagi harapan untuk UMNO bangun semula? Ini lah yang patut di sempurnakan oleh pengampu2 dan pencacai2 UMNO perlu lakukan, BUKAN menghentam parti lawan membabi-buta.
No comments:
Post a Comment
, ,