December 29, 2009

UMNO Selangor kehabisan modal - sanggup buat demo haram busuk kan nama sendiri.


Mengapa sampai jadi begini hingga sanggup buat demo haram. Yang sangat memalukan pula mengaku penyokong PAS pula. Tetapi mengapa kebanyakan ahli yang buat demo itu tutup muka dengan poster besar.

Laungan 'Takbir' nya pun lain macam bunyinya, tak serupa langsung sebutan nya macam yang di laungkan oleh ahli2 PAS yang tulin. Nala tahu sebab selalu pergi dengar ceramah PAS. Laungan dari ahli PAS tulin sungguh merdu dan sedap didengar. Tetapi laungan yang di buat oleh ahli PAS palsu semasa demo tu lain macam bunyinya. Langsung tak betul nadanya - sumbang aje.

Satu perkara lagi yang sangat menghairankan Nala, berkenaan kehadiran polis yang langsung tidak halang demo itu. Sepatutnya segera di suraikan dengan pancutan air kimia atau tembak dengan bom gas asap  atau ada yang kena tangkap kerana buat demo HARAM.

Selain itu yang menghairan kan Nala paling besar ialah pakaian dan raut wajah muka mereka sedikit pun bukan macam ahli atau penyokong PAS. Rata2 hampir semua muka yang ternampak itu macam muka 'mafia' ada yang kepala botak, ada yang berjambul.

Kalau ahli atau penyokong PAS semua pakai songkok putih dan muka mereka semua tenang dan jernih, muka orang sembahyang.

Pehak media TV yang pro-kerajaan pula ulang tayang banyak kali dan buat ulasan panjang lebar pula.

Hingga kini telah berbagai cara pehak musuh lakukan untuk melemahkan PR, tetapi malangnya mereka tidak berjaya. PR semakin kukuh dan kuat bersatupadu untuk hancurkan musuhnya pada PRU13 akan datang.

No comments:

Post a Comment

, ,