December 23, 2009

Malu, malu, sungguh malu dan memalukan negara - dua buah pesawat tentera udara hilang!


enjine jet

Menteri pertahanan sepatutnya dipertanggung jawab kan sepenuhnya diatas kehilangan dua buah pesawat tentera udara yang hilang itu. Jika dinegara  komunis Cina, pehak yang bertanggung jawab pasti dikenakan hukuman tembak sampai mati - pengkhianat negara. Di Jepun pula, menteri yang berkenaan akan buat 'harakiri' demi maruah. Di Malaysia...........

Sungguh bernasib baik ianya berlaku di Malaysia. Pehak yang bertanggungjawab ini tidak perlu susah hati. Mereka cuma kena gantung tugas semasa siasatan di jalankan. Siasatan ini akan ambil masa bertahun2. Sebarang bukti akan cuba di sembunyikan, akhirnya siasatan akan berakhir dengan amaran keras sahaja. Pehak yang bertanggungjawab terlepas dari segala tuduhan.

Sesuatu perkara buruk berlaku walau besar macamnana pun jika berlaku dalam lingkungan kerajaan, ianya akan berakhir dengan 'selamat' - semuanya terselamat.

Kes2 sebegini rupa akan mengambil masa yang terlalu lama, sangat lama untuk menyasat, mengambil tindakan dan membuat keputusan. Selalunya akan berakhir begitu sahaja. Sebagai contoh kes PKFZ, hingga kini belum nampak tanda2 siapa yang bertanggungjawab, jauh sekali siapa yang akan di ambil tindakan.

Tetapi jika sebarang perkara kecil yang dibuat oleh lawan, ianya akan 'diberi keutamaan', tindakan segera akan dibuat tanpa ada apa2 halangan. Pehak yang 'bertanggungjawab' dengan sertamerta dikenakan hukuman berat.

Sebagai contoh, kes Al-Ma'unah boleh selesai dengan masa yang singkat untuk mendapat keputusan. Malangnya kes Mamali (Ibrahim Libya) hingga kehari ini masih lagi tertangguh.

Kehilangan enjine pesawat TUDM ini juga akan mengambil masa yang lama, sangat lama untuk kita dapat mengetahui siapa kah orang nya yang bertanggungjawab.

2 comments:

  1. media arus perdana kata enjin...

    nalapambu kata pesawat....

    media arus perdana tipu.....

    nala yang betul.....

    ha ha ha

    yang lain sila guna akal....

    ReplyDelete

, ,